Problogger Review: "I would recommend this book to anyone who plans to release an information product. New bloggers can learn how to optimize their blogs to woo potential customers. Established bloggers can discover a launch method that resonates with market savvy audiences."

Mentor Jutawan - Dr Irfan Khairi

Pada bulan-bulan yang lalu kami sudah pun dengar dari Dato Stephen Chew, Jutawan Singapura - Sujimy Mohd dan Saudari Murshidah Said. Kali ini amat teristimewa sekali kerana Mentor kami, Dr Irfan Khairi dari Malaysia akan memberi nasihatnya pada workshop Cabaran 101010 ini.

Mari kita kenalkan anda dengan Mentor kami..

irfan

Dr Irfan Khairi

Selepas menamatkan pendidikan di Staffordshire, University UK, Irfan telah menerima tawaran bekerja di salah satu syarikat IT terbesar di Birmingham, Netmedia (UK) Ltd. Sebagai pereka sistem multimedia dan perunding Internet, beliau bertanggungjawab mereka cipta sistem pembelajaran Internet untuk sekolah-sekolah di United Kingdom yang dinamakan Learning Grid. Pada ketika itu, lebih dari 5,000 sekolah-sekolah di United Kingdom menggunakan sistem Learning Grid tersebut.

Oleh kerana minat dan latar belakangnya yang mendalam dalam bidang Internet dan perniagaan, beliau memulakan perniagaannya sendiri di Internet secara sambilan pada tahun 1999.

Selepas mendapati pendapatan dari perniagaan Internetnya adalah berlipat kali ganda pendapatan bekerja 9-5, beliau mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan Internet miliknya selepas 1 tahun beroperasi.

Semenjak itu, Irfan hanya bekerja sepenuh masa dari rumah dengan hanya menggunakan laptop dan Internet. Dalam masa 3 tahun beroperasi, salah satu perniagaannya memperolehi untung bersih sebanyak RM1,000,000 - tanpa pekerja dan peralatan komputer canggih. Modal permulaannya hanya RM500. Ketika itu beliau berumur 25 tahun!

Kini Irfan Khairi merupakan penasihat kepada pelbagai jenis perniagaan dalam membantu mereka menggunakan Internet untuk menggandakan pelanggan dan memaksimakan keuntungan perniagaan melalui strategi pemasaran di Internet!

Penulis buku terlaris, kolumnis majalah, personaliti TV & radio, Irfan Khairi pasti dapat membantu anda menjalankan dan mengembangkan apa sahaja perniagaan anda menggunakan strategi di Internet!

 

Salah satu video dari Dr Irfan semasa dia di Jepun pada masa cutinya


Pasti anda hendak tahu apa yang akan disampaikan oleh Mentor Dr Irfan Khairi pada hari itu kan?

Pasti anda tahu semasa Windows 95 diterbitkan oleh Microsoft, Internet pun mula menumbuh dengan pesat sekali. Pada 2011, kami sebenarnya sudah melalui dua revolusi internet.

 

Pernah dengar tentang Web 1.0?

Kalau tidak mungkin anda pernah dengar Web 2.0. Aiks makin meningkat pula ya. Itulah perkembangan internet ini. Ia berubah dengan pesat sekali. Ada orang kata zaman Web 3.0 akan hadir tak lama tetapi ikut analysis masih jauh lagi nampaknya.

Web 1.0 sering dikaitkan dengan teknologi seperti email dan lelaman-lelaman yang statik ataupun tidak bergerak. Teknologi Web 1.0 pun dikaitkan dengan komunikasi sehala sahaja. Maksudnya tidak boleh berinteraksi di lelaman sedemikian.

Tidak macam sekarang di Facebook, dahulu kalau nak kontak orang perlu hantar melalui email. Maka tidak boleh berkomunikasi dalam lelaman itu seperti facebook dan twitter. Jadi ia perlu pelbagai platform atau program untuk usahakan aktiviti itu.


Jadi apakah Web 2.0 dalam dunia Pemasaran Internet?

Kegunaan Twitter, Facebook & Youtube adalah teknologi yang berkenaan dengan Revolusi Web 2.0. Yang selalu didengar adalah Social Media. Maka ini adalah sesuatu "platform" yang kami tidak boleh tolak. Sekiranya ditolak mungkin lagi ramai antara kami tidak akan dapat peluang-peluang yang sedia ada.

Video di bawah menerangkan mengapa anda perlu gunakan platform sedemikian.

 

Jangan buang Platform lama begitu sahaja..

Dr Irfan akan huraikan bagaimana kita boleh gunakan kedua-dua teknologi ini supaya anda boleh memasarkan perniagaan anda secara berkesan bukan hanya di Singapura tetapi juga ke seluruh dunia.

Walaupun email boleh dikatakan teknologi lama tetapi hingga hari ini, ia masih menjadi antara cara yang berkesan untuk promosikan perniagaan anda.

Nak tahu rahsianya?

 

Jutawan pada umur 25 tahun.

Kami pasti ramai di sana yang ingin tahu bagaimana Dr Irfan boleh jadi Jutawan pada umurnya 25 tahun ( ketika itu masih zaman Web 1.0 ) dan apakah bisnis Internet yang jadikannya jutawan dalam masa yang amat singkat ( 5 tahun ).

 

Testimoni - Testimoni

    "Tidak seperti pakar perniagaan Internet yang lain, Irfan Khairi melakukan apa yang diajarnya untuk menjana pendapatan dari rumah.Kaedah berniaga yang ditunjukkan olehnya adalah amat berkesan.

    Teknik yang diajarnya telah kami gunakan untukmemberi pulangan berkali-kali ganda melalui laman web kami"


    ~Azizi Ali
    Jutawan

    Penulis terlaris buku-buku kewangan Malaysia #1 termasuk "Lahirnya Seorang Jutawan" & "Jutawan dari Planet Jupiter"


    "...Walaupun saya telah membaca buku Irfan, masih banyak saya pelajari dan fahami mengenai perniagaan Internet melalui workshop ini! Kini saya melihat segalanya dengan lebih jelas lagi. Keputusan saya untuk memandu 7 jam dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur untuk turut menyertai adalah keputusan yang amat tepat! Saya BERSEMANGAT! ...dan kini memandang jauh ke masa hadapan yang lebih cerah!"


    ~Razzi Rahman
    Usahawan

    Pelakon & Penyanyi popular 90-an "Rambulan Kesiangan" & "Syakila"



    "Penampilan dan persembahan saudara Irfan yang tidak terlalu konservatif dan tidak terlalu teknikal memudahkan workshop ini difahami walaupun peserta bukan yang arif dalam bidang IT...

    Dengan 'passion' dan sikap keterbukaan terhadap ilmu dan pendekatan yang baru,sesiapa pun boleh berjaya"


    ~Manan Ngah
    S.M.T, A.M.T, P.P.N
    Ahli muzik & Penggubah lagu

 

Tempat Terhad!!

Sebenarnya workshop ini khas untuk peserta Cabaran 101010 yang dikendalikan oleh Abang Abu. Tetapi untuk kali ini, Abang Abu akan bukakan tempat supaya lagi ramai boleh hadir workshop ini.

Sudah hampir 300 orang dari peserta Cabaran 101010 yang akan berada di sana dan kita hanya boleh menampung lagi 150 peserta untuk workshop yang akan datang ini.

 

Jangan lambat untuk daftar!

Workshop yang dinanti-nantikan!

Bila? 30 April 2011
Masa?
4 ptg - 6.30 ptg
Tempat? Republic Polytechnic (Woodlands), Lecture Hall 5

Program.

4.00pm - Tetamu dijemput - Burn dari Kumpulan Nasyid Raihan
4.45pm - Dr Irfan Khairi - Revolusi Internet
6.15pm - Sesi Soal Jawab
6.45pm - Bersurai plus networking hingga Maghrib.

Bonus!

Ya! Pada masa yang sama kami juga akan menjemput tetamu kami dari Malaysia, Burn dari kumpulan Nasyid Raihan untuk mengongsi pengalamannya sebagai penyanyi Nasyid dan peniaga di Malaysia.

 

Yuran workshop ini...

Harga Biasa

Satu peserta - $50
Dua peserta - $90 ( Jimat $10 )

Bayaran boleh dilakukan dengan dua cara

1) Kad Kredit / Debit / Paypal
2) Bank Transfer
3) Cash - Sila turun office Nowasia

Syarat - syarat kami

1) Tempat anda akan ditentukan hanya selepas bayaran.
2) Sekiranya anda tidak dapat hadir, tempat anda boleh digantikan oleh rakan anda.
3) Tiada re-fund akan diberikan selepas membuat pendaftaran dan anda gagal hadir.
4) Ia juga tidak boleh digunakan untuk seminar-seminar lain.
5) Syarikat AbangAbu jamin informasi peribadi anda tidak akan dikongsikan kepada syarikat-syarikat lain.

Sekiranya anda setuju sila pilih satu dan tekan butang dibawah untuk mendaftar.

satu tempat

 

 

Ingin maklumat lanjut, sila hubungi

abangabu@nowasia.sg atau telefon 9146 3164

112 Upper Bukit Timah, #02-00 Goh & Goh building. Singapore 588170.

Tel 64658930/32/33   fax  64652481

 

Penganjur:

nowasia



Disokong oleh:

vis


 



Kongsi dengan rakan anda